Thursday 30 April 2009

"Liban Bink" yg mengejutkan

Adoi..

kanak2... xabes2 ganggu org..

susah nk dok diam, mengaco je keje..

haa, kt cni ade 2 adegan yang menarik...

korg tgok la...

Rancangan pertama.. hehe..

Yang ni kurang berjaya.. haha..

ape2 pon, korg jgn terpengaruh dgn video ni, suke2 je ni..

hehe..

~~~~~~~~~

"kenapa awak cari sy lg? Dulu cakap xnk ade hubungan ape2 dah dgn sy.."

"ntah la, tbe2 sy bangun je, sy dah ade kt depan awak"

"emph, menyampah.. tipu la tu"

"Ya Allah, awak xcaye.. ske ati awak la"

"ye la.. awak je yg betol.. slalu mcm tu"

"haha, xcaye awak tnye pakcik yg beli kite ni..."

"xmo la.. dye bukan paham pon.."

"awak ok kan?"

"ok je..."

hitam dan oren kemudiannya menyantap 'tubifex'... penuh berselera...

Tuesday 28 April 2009

Babi mengganas~

Selsema Babi merujuk kepada influenza (demam selsema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari endemik (penyakit berjangkit) dalam populasi babi (khinzir). Pada babi, wabak ini adalah sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selsema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza kinzir - (swine influenza virus - SIV), dan kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai Virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang).[1] Sementara Virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada kinzir. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, adalah endemik pada manusia (boleh menjangkiti manusia).


Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan kinzir, terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya tersebar dari manusia pada manusia. Jenis yang bertanggung jawab bagi wabak Selsema Babi 2009 dipercayai telah melalui proses mutasi ini.[2]

Pada manusia, simptom selsema babi adalah serupa dengan influenza dan penyakit seperti influenza secara umum.

Bagaimana ia menjangkiti manusia

Wabak selsema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yang telah dijangkiti virus. Dalam sesetangah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung.

Tanda dan simptom

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention - CDC) di Amerika Syarikat, simptom selsema babi pada manusia menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.[15]

Dalam mendiagnosis simptom wabak ini tidak hanya perlu melihat kepada tanda atau simptom yang khusus bagi selsema babi tetapi juga sejarah terkini individu. Sebagai contoh, semasa wabak selsema babi 2009 di Amerika Syarikat, CDC menasihatkan doktor untuk "menjangka jangkitan influenza babi pada pesakit yang didiagnosis mempunyai penyakit pernafasan akut sama ada mempunyai hubungan dengan orang yang disahkan mengidap selsema babi, atau berada di dalam lima negeri Amerika Syarikat yang melaporkan kes selsema babi atau berada di Mexico dalam tempoh 7 hari sebelum permulaan penyakit mereka."[16] Diagnosis bagi pengesahan selsema babi memerlukan ujian makmal bagi contoh pernafasan (calitan hidung atau tekak mudah).[16]

Selesema Babi adalah penyakit berbahaya kerana dibawa virus dan mudah berjangkit kepada orang ramai. Dalam tubuh babi terdapat tiga virus selesema A iaitu subjenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar ke seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, subjenis H1N1 merebak sejak 1998. Virus H3N2 mengandungi gen-gen daripada manusia (HA, NA, and PB1), swine (NS, NP, dan M), serta burung (PB2 Dan PA) .

PEKERJA lapangan terbang memakai pelindung sebagai langkah pencegahan jangkitan selesema babi ketika memeriksa penumpang yang tiba dari Bandaraya Mexico di Tijuana, kelmarin. Penularan virus baru selesema babi (H1N1) yang boleh berjangkit daripada manusia kepada manusia itu sudah meragut lebih 80 nyawa di Mexico disifatkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai 'situasi serius' dan 'berpotensi merebak menjadi wabak besar.' - Foto AFP

Sumber dari wikipedia dan berita harian~

Thursday 23 April 2009

Kurangkan tekanan bekerja @ belajar dalam 2 minit =)

Tension study ke? Byk lg xbace? Kita jawab teka-teki dulu yea..

Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu

Teka-teki: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam ler.. haha…

Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat la… sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!

Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!

Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???Teka.. teka.. kalo terer!
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar… hue hue hue!!

Teka-teki: Bulu bertemu bulu… kulit bertemu kulit… makin tambah rapat makin nikmat rasanyer!
Jangan pk yg bukan2.. hahaha..
Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..!

Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.

Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut ‘EPI BESDAY’

Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!

Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani

Teka-teki: Ada sorang imam, tengah solat pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, Batal xsolat imam tu???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan…

Teka-teki: Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
Jawapan: Bas sekolah la

Teka-teki: Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais
Jawapan: Milo ais.. hehe..

Teka-teki: Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
Jawapan: Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat
sebelah aje.

Semoga terhibur =)

Tuesday 21 April 2009

Tudung Lawan Tali Leher

“Bertudung busuk dan kotor adalah lebih tidak Islamik berbanding dengan tidak bertudung!” tegas seorang doktor yang senior.

Saya masih termenung. Jari berentak perlahan menari-nari di atas meja. Tanda otak sedang ligat berfikir.

“Tapi doktor, kalau busuk dan kotor yang jadi isu, serangan juga patut dibuat kepada tali leher doktor lelaki. Sebagai lelaki, saya sangat tahu bagaimana kaum lelaki melayan tali leher mereka. Tak pernah dibasuh, dicampak merata-rata, lebih berpotensi menjadi punca jangkitan berbanding tudung yang jarang dipakai lebih daripada sehari,” saya menyampuk.

                          


Cakap saya memang gurau-gurau.

Tapi isinya ada unsur-unsur pembunuhan.

Membunuh sikap double standard yang sering berlaku oleh orang kita sendiri terhadap tuntutan agama kita ke atas kita. Tiga kali ‘kita’.

Apa yang pasti, tudung busuk lagi kotor atau tidak bertudung, dua-dua tidak Islamik. Apa yang Islamik ialah bertudung, dan tudungnya bersih tidak berbau.

Ketika negara ‘kafir’ seperti United Kingdom sudah jauh ke depan dalam menghormati agama, membenarkan aurat dipelihara di dalam pasukan beruniform dan perkhidmatan kesihatan, kenapa masyarakat kita masih lebih Barat daripada Barat? Tudung itu budaya atau perintah Allah? Jika ia perintah Allah, di mana Allah dalam prioriti kamu?

SIFIR TULEN VS PALSU

Sifirnya mudah.

Kalau ada perempuan yang melampau-lampau keperempuanannya, maka berhati-hatilah. Lenggoknya berlebih-lebihan, solekannya tebal bagai kulit Kamus Dewan, cakapnya lebih mengada-ngada berbanding perempuan gedik, kemungkinan besar, dia itu sebenarnya LELAKI! Yang terdesak untuk menjadi perempuan.

Kalau ada lelaki yang melampau-lampau kelelakiannya, maka berhati-hatilah. Jalannya bersepah-sepah berlagak macho, bajunya rugged hingga ke kenduri pun mahu bersarung jersi, cakapnya lebih mencarut daripada mat lepak di kaki lima, ketahuilah, mungkin dia itu sebenarnya PEREMPUAN! Yang terdesak untuk menjadi lelaki.

Kata orang Arab:

                                              

                             “Yang mengikut, lebih teruk daripada yang diikut”


Barat itu biasa-biasa sahaja.

Yang terdesak mahu menjadi Barat ini yang berlebih-lebihannya.

Berlebih-lebihan itu simptom kepalsuan. Fake!

PERBANDINGAN SOLAT

“Makcik kalau dah sakit perut sangat, memulas-mulas dan makcik sedang menyiram bunga di tengah-tengah jalanraya, makcik sanggup buang air besar di tengah jalan?” saya bertanya dengan bahasa provokasi, iaitu bahasa simpanan yang hanya sesekali dipanggil masuk ke gelanggang.

“Tak sanggup!” katanya tegas.

“Habis makcik buat apa?” saya bertanya lagi.

“Makcik cari jugalah mana-mana semak untuk buang air,” katanya.

“Aha, kalau solat ni sama penting dengan berak tu pun jadilah!” saya menamatkan perbualan yang amat ‘jarang berlaku’ itu.

Makcik itu ketawa. Saya tahu dia akan ketawa. Sebab itu saya berani menggunakan analogi seteruk itu.

Macam-macam alasan diberikannya bahawa susah untuk solat semasa bekerja. Tetapi kalau berak, kurang pula alasannya. Boleh sahaja dicari semak samun untuk melepas. Tahu malu! Tetapi kalau solat, macam-macam alasan diberi. Tak ada telekung, sejadah tak bawa, kain kotor, dan entah apa-apa lagi. Sedangkan semua masalah itu jalan keluarnya mengikut peruntukan azimah dan rukhsah dalam Islam.

Sama jugalah dengan aurat.

                                          


Baju lengan panjang kotor, tudung bawa kuman dan seribu satu alasan untuk menolak pemakaian yang elok menutup aurat di hospital oleh doktor dan jururawat. Semuanya kerana Tuhan bukan prioriti utama. Sebab itu berani beralas-alasan. Bermalas-malasan.


Tetapi tali leher yang tidak membawa konotasi agama, hampir tidak pernah saya mendengar kerisauan sesiapa untuk ia berjuntai-juntai di sisi pesakit. Selepas tali leher, tali pinggang lelaki, cuba tanya berapa kali setahun dibasuhnya? Semua itu bukan source of infection? White coat, rajin benarkah ia dibasuh?

Semua itu ada jawapan masing-masing.

Tetapi menyerang tudung dan baju lengan panjang, ia hanya presenting problem. Ada pun the real problem, pentingkah Tuhan dalam hidup kamu?


SUMBER GRAFIK: http://www.cartoonstock.com/directory/n/neckties.asp

SUMBER ARTIKEL: http://www.saifulislam.com

Monday 20 April 2009

Apo nak jadi nih? Aiyayai...

patut ke xpatut? huhu.. kcian douwh dak tecik nih..  hurrmmm..

cobe korg bayangkan kalau anak korg.. adoii.. msti xsanggup nk tgok video nih.. huhu...

hohoi...

berrehh..

bertukaran nama blog ini ke ukhuwahghazi.blogspot.com kerana:

a) mengelakkan fitnah akhir zaman

b) name ni lg best

c) ape sje yg ade dlm blog ini merujuk kepada perasaan yang tersirat hati 5 jejaka bait ghazi.. ngeh3

d) semua di atas

selamat mencuba~

robbuna ma'ak.. =D

Wednesday 15 April 2009

Tidur - tidur yang sunat dikejutkan

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:

seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله

“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:

Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.


Ketiga:


Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:


من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة

“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:


Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.


Nabi saw bersabda:


إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم

“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)


Kelima:


Tidur waktu subuh.

Nabi saw bersabda:


الصبحة تمنع الرزق

“Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)


Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:


الأرزاق تقسم وأنت نائم

“Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:

Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:

كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها

“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari - sahih)


Ketujuh:

Tidur lepas solat asar.

Nabi saw bersabda:


من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه

" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)


Kelapan:


Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.


Kesembilan:

Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.


Kesepuluh:

Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)


Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:

Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.

Nabi saw bersabda:

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت
من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء

“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perwai2nya thiqah)


Ke dua belas:

Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur.
Nabi saw bersabda:

إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم

“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)


Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.

Dipetik dari http://akhisalman.blogspot.com/

Udang masak lemak cili api


Bahan-Bahan:
500gm udang (sederhana besar)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2sm kunyit hidup
2sm halia
15 biji cili padi
½ biji kelapa (ambil santan)
1 batang serai (dititik)
asam keping (1 keping)
daun kesum
garam
serbuk perasa
Cara:
1. Bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, cili padi dimesin.
2. Masukkan perahan santan ke dalam periuk bersama-sama bahan yang dimesin.
3. Kacau sehingga menggelegak di atas api yang sederhana.
4. Masukkan serai, asam keping dan udang.
5. Tambah serbuk perasa dan garam secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan daun kesum dan biarkan sedikit layu dan bolehlah dihidangkan.
Cadangan Hidangan:
4 orang
Tambahan:
Udang boleh juga ditukarkan dengan makanan laut lain seperti udang atau ketam. Daun kesum menjadikan masak lemak ini lebih beraroma dan sedap.

Senyum Indah

Sarie - Okezone
SAN FRANSISCO - Sebuah senyum dapat menggambarkan ekspresi seseorang. Namun tahukah anda, keindahan senyum merupakan bakat yang terbentuk dari lahir.
Bermacam-macam senyum. Mulai dari senyum yang dipaksakan, senyum simpul, hingga senyum lebar. Sebuah penelitian menemukan, keindahan sebuah senyum sangat terkait sekali dengan gen yang dimiliki oleh seseorang. Hal ini dibuktikan melalui penelitian yang melibatkan 4800 buah foto dua orang atlet judo, yang salah satunya menderita kebutaan. Para peneliti melihat, kedua orang tersebut memiliki ekspresi yang sama untuk menunjukkan emosi yang mereka alami, yaitu sama-sama berusaha untuk menunjukkan emosi sesuai dengan keadaan sosial.

Contohnya, saat keduanya mengikuti kejuaraan paralympic untuk memperebutkan medali emas. Sayangnya, keduanya tidak berhasil untuk mendapatkan emas. Sang atlet buta berhasil mendapatkan medali perak sedangkan yang satunya lagi, atlet dengan penglihatan normal, tidak mendapatkan juara sama sekali.

Kedua atlet tersebut sama-sama menunjukkan 'senyum sosial'. Senyum dengan kategori ini dapat dibentuk dengan hanya menggerakkan otot mulut tanpa bantuan otot lainnya. Sedangkan senyum yang sebenarnya, yang dikenal dengan nama Duchenne Smile, tidak hanya menggerakkan otot mulut tapi juga menyebabkan kedua mata berkedip sehingga mengakibatkan kedua tulang pipi terangkat.

"Mereka yang kalah pertandingan, kebanyakan hanya mengangkat bibir bawah mereka untuk mengendalikan emosi mimik wajah mereka. Kebanyakan dari mereka hanya membentuk senyum sosial," ujar psikolog dari Universitas San Fransisco David Matsumoto, seperti dikutip melalui Live Science, Selasa (30/12/2008).

Bahkan, saat mereka merasakan sedih dan kesal, kedua wajah mereka menghasilkan mimik muka yang sama, yaitu bibir mereka tidak berubah gerak, hanya saja alis mata mereka menjadi sedikit naik.

Hasilnya, para peneliti menyatakan bahwa dengan demikian sebuah senyum tidak selalu harus dipelajari, melainkan berasal dari gen masing-masing orang.

"Atlet yang mengalami kebutaan dari lahir tersebut tidak pernah memiliki kesempatan untuk melihat apalagi menirukan sebuah senyum yang harusnya tertata di wajah manusia, bahkan ia pun tidak memiliki kemampuan untuk mengontrol seharusnya emosi ditunjukkan. Artinya, sudah dipastikan bahwa emosi kita dan sistem di dalamnya yang mampu mengatur ini semua. Lebih tepatnya, sebuah emosi sudah dibawa oleh para manusia sejak lahir," ujar Matsumoto. (srn)

dipetik dari okeeducation.blogspot.com/2009/01/senyum-indah-terbentuk-sejak-lahir.html

Lagu senyum - raihan

Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman...

Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan

Senyumlah... ...

Hati yang gundah terasa tenang
Bila melihat senyum diri kan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Itulah sedekah paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna

Senyum... ...
Senyumlah kita

Senyumlah... ...
Senyumlah penawar duka
Senyumlah penyejuk hati

Letupan demi letupan berlaku di bait GHAZI






seigt kami.. kejadian ni berlaku kira2 jam 3 ptg...dalam suasana yg tenang.. tbe2 je Zala bunyi mcm org men mercun.. dia igtkan bdk2 ni men mercun dlm umah..
tp nmpak cam api.. dia menjerit "Jaa! Jaa! terbakar!". Jaa igtkan dia men2.. Jaa jln slow2 je la.. Khalid plak g dapur sbb dia igtkan gas ke ape...
Jaa dgn tidak semena2 meniup api tersebut... mne ade padam pun.. hehe.. cepat2 dye amek kain rubu', pukul api tu... Khalid yg terkejut ni sentap plug sambung wayar tuh... seb bek xde yg tercedera.. aaaa... mmg kalut mse tu.. tp Pok Jak rilek je.. hehe.. Kami mmg gelak gile pastu... bile igt balik, da 2 kali letupan berlaku, 1st tu mase ari jumaat, Pidah ngan Jaa tgh cabut plug yg terbakar kat suis yg same... tbe2 suis tu meletup depan muke dorg.. uishhh... bahaye2.. Alhamdulillah xde yg cedera.. =)